@nadmasrom
nadmasrom
3 years
2. Sembelit Ada sesetengah ibu takut nak buang air besar sampai sembelit. Pastikan isteri minum air cukup. Boleh juga beri nasi lembut, atau lauk yang berkuah, sayur dan buah-buahan yang mencukupi.
Tweet media one
1
82
379

Replies

@nadmasrom
nadmasrom
3 years
TIPS SUAMI JAGA ISTERI PANTANG Sebab ramai yang nak tahu, post ni berdasarkan pengalaman pantang saya dijaga suami untuk 4 orang anak. Boleh tag suami dan RT post ni.
160
10K
16K
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
1. Kena tahu isteri mungkin trauma lepas bersalin Isteri akan rasa tak selesa di luka jahitan atau tempat kencing. Bila nak duduk semua serba tak kena. Suami boleh standby bantal donut jika perlu. Memang selesa nak duduk posisi apa pun.
Tweet media one
1
98
423
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
3. Belajar mandikan bayi Kali pertama mungkin kekok. Tapi lama-lama nanti pasti ok. Kena ambil tahu juga cara cuci tali pusat, salin pampers dan sebagainya berkaitan bayi.
Tweet media one
2
44
201
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
4. Belajar uruskan uri Lepas isteri bersalin nanti, boleh ambil uri dan uruskan sebaiknya. Elakkan amalan kurafat waktu uruskan uri. Uruskan dengan cara yang betul.
Tweet media one
1
117
460
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
5. Belajar masak lauk pantang Lauk pantang ni simple je yang penting seimbang. Jangan bagi isteri makan nasi + ikan bilis je. Pastikan protein cukup, serat (sayur atau buah) lengkap. Masak lauk air ke, bakar ke terpulang.
Tweet media one
1
57
222
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
6. Teknik asas urutan Kena tahu cara urutan untuk rangsang pengeluaran susu. Time pkp ni nak panggil tukang urut pun risau, suami kenalah ringan tangan urut satu badan isteri juga lepas bersalin. At least sapu minyak panas kat kaki atau kepala isteri.
1
41
161
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
7. Emosi isteri jadi tak keruan Perubahan hormon yang drastik lepas kelahiran menyebabkan isteri kadang-kadang sedih, takut, risau dan susah tidur. Isteri bukan mengada-ngada. Prihatin pada keperluan emosi isteri masa ni.
1
63
229
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
8. Jaundis Sebagai suami, ambillah tahu bagaimana jaundis berlaku dan bagaimana bilirubin disingkirkan. Teknik penyusuan perlu betul dan kalau ada yang suruh topup susu formula, tolonglah check dulu betul tak isteri kalian menyusu sebelum main top up je.
1
29
126
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
9. Bayi menangis Bayi menangis bukan semata tak cukup susu. Ada banyak sebab lain. Jadi, suami janganlah asyik cakap bayi tak cukup susu. Cuba check pampers, bayi selesa tak atau mungkin bayi cuma nak ditenangkan sahaja.
1
44
133
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
10. Bengkak susu Bengkak susu mungkin akan berlaku jika penyusuan lewat dimulakan lepas kelahiran. Bantu isteri marmet dan buat demahan panas supaya bengkak susu dapat diredakan dan memudahkan proses penyusuan. Pam kurang membantu berbanding perahan tangan. Belajar marmet.
Tweet media one
3
32
115
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
11. Pantau isteri menyusu Menyusu akan menyebabkan isteri sangat mudah tertidur sebab kesan hormon oksitosin. Pantau isteri dan bayi supaya penyusuan berlaku dalam keadaan selamat.
2
49
139
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
12. Snack sihat Menyusu menyebabkan selera makan isteri bertambah luar biasa. Berikan snack sihat untuk isteri yang kerap makan seperti jagung rebus, kacang kuda, buah-buahan supaya emosi isteri stabil dan boleh elakkan depresi juga waktu berpantang.
Tweet media one
1
55
146
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
13. Rengat Waktu menyusu pada peringkat awal kelahiran, ibu akan rasa sakit rengat kerana hormon oksitosin yang mengeluarkan susu akan mengecutkan uterus juga. Jadi suami perlu empati dengan keadaan isteri. Jika isteri perlu rehat, bantulah jaga bayi seketika.
1
37
115
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
14. Bayi kerap menyusu Susu ibu ni mudah cerna berbanding susu formula. Jadi normal bayi akan kerap rasa lapar dan kerap menyusu. Isteri memang akan penat jika tak bersedia mental dan emosi. Urut-urutlah isteri bila perlu dan beri sokongan moral kepada isteri.
1
37
113
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
15. Pastikan luka jahitan isteri bersih Kalau isteri yang kali pertama melahirkan, mungkin takut nak cuci luka jahitan. Suami boleh bantu. Pastikan luka jahitan sentiasa bersih dan kering untuk elakkan jangkitan.
1
29
96
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
16. Beri isteri 'ME TIME' Isteri nak mandi mungkin lama sikit dalam keadaan baru lepas bersalin. Kalau ada susu perahan, suami boleh bantu beri susu juga. Saya cadang guna cup atau sudu. Kalau nak guna syringe, pastikan bayi tak tersedak.
Tweet media one
1
25
98
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Boleh ikuti saya di tiktok juga untuk lebih banyak video penyusuan:
3
11
85