@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Benar mungkin sayalah yang mengundang fitnah itu hadir dan saya akan perbaiki content saya di sana untuk berkongsi yang asas sahaja. Nak lebih mendalam, mereka kena belajar sendiri di private group.
7
17
195

Replies

@nadmasrom
nadmasrom
3 years
MENORMALISASIKAN KELUCAHAN? Isu tentang komen-komen lucah di tiktok saya hangat diperkatakan. Ada yang kata, itu adalah berpunca dari saya sendiri yang membuat content mengundang fitnah.
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
136
4K
6K
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Sejujurnya saya tak sedar, semua tu 'salah' sebab saya dah biasa berkongsi secara live di fb page, ig, dan ada juga video ini saya upload di youtube selama 5 tahun ini. Saya juga dah biasa berkongsi di seminar secara terbuka bersama golongan ayah.
5
36
386
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Ada yang minta saya berhenti dari platform tiktok demi menjaga maruah wanita. Saya raikan semua pendapat. Sebab matlamat saya berkongsi lebih kepada nak bantu ibu-ibu yang pernah gagal macam saya dulu, bukan nak raih like atau kejar followers.
2
48
413
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Mungkin sebab saya pernah trauma kehilangan anak pertama, jadi saya terlalu beria-ia dalam berkongsi sesuatu ilmu untuk bagi orang faham. Jadi saya minta maaf, kerana terlalu bersungguh dalam menerangkan ilmu penyusuan dalam bentuk video ini.
2
32
345
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Saya dm @akhifairuz_ dan tanya pendapat beliau. Akhi kata teruskan sahaja cuma off comment. Sesuatu yang saya tak terfikir nak buat selama ni.
1
12
306
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Ramai yang kata saya salah audiens sedangkan di sana ramai budak-budak. Sebenarnya kalau kalian nak tahu, ramai golongan ibu menyusu di sana. 74% followers saya adalah wanita. Dan saya pernah cuba collect data guna google form, hampir 70% berusia dari 18-27 tahun.
Tweet media one
4
47
466
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Boleh baca soalan ibu-ibu ini di komen tiktok saya. Betapa ramai yang masih naif dengan asas penyusuan susu ibu. Jadi, salah audienskah saya?
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
2
183
807
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Ada juga yang komen, sampai bila kita nak biarkan kelucahan ni jadi satu perkara normal? Dan barulah saya faham, perasaan orang yang dirogol bila disalahkan kerana pakaian dan bukan perogol yang bernafsu binatang.
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
3
518
947
@nadmasrom
nadmasrom
3 years
Tapi jika kita dah cuba jaga sebaiknya, adakah masih golongan wanita ini juga yang patut disalahkan dan bukan lelaki berotak kuning yang dah beranak-pinak tapi nafsu serakah tetap tak berubah? Wallahuallam.
15
202
611
@ctsarahaishah
Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi
3 years
@nadmasrom Kita belajar pakai telegram channel le nad..lg senang.
0
0
0
@Kudsia_Kahar
Kudsia Kahar πŸ‡²πŸ‡Ύ, Malaysian First
3 years
@nadmasrom No it’s not your fault. Depa yang kepala lucah. Agaknya nampak tongkoi kayu pun depa pikiak benda lain. Why should we women yang selalu nak salahkan diri sendiri? Yang otak x-rated they all. Not you. Not us women. Assh*les.
0
0
7
@HakimBGZ
clubnega emπŸŒΏβ˜€οΈπŸŒŠπŸ§²
3 years
@nadmasrom macam okay je content kamu tu. sangat ilmiah. apa yang lucah. makanan baby kot. gile. yg melucah tu kita boleh remove ke dari tiktok?
0
0
1
@_IraRara
Irarara
3 years
@nadmasrom Please teruskan, it really helps other PC to educate others. Kami yg tak pandai nk buat video se elok puan ni, boleh terus share video2 yg puan buat.
0
0
1
@HamzahNazari
Hamzah Nazari πŸ•ŒπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ΄σ §σ ’σ ·σ ¬σ ³σ ΏβœπŸ½βœŒοΈπŸ‡΅πŸ‡Έ
3 years
@nadmasrom no, sis. you're not wrong. takder apa nak diperbaiki dari pihak sis. yang perlu diperbaiki aqidah kaum lelaki miang yang otak kuning. kalau bukan sis yang dikacau, mereka akan cari yang lain.
1
0
2