Your reward is with Allah, not people. Never lose your trust in Allah, He sends help in unimaginable ways. 🤲 TV Host - Emcee - Lyricist - Trainer - Producer.
Tertarik dengan ungkapan:
“Selagi rumah itu bercahaya,
Pulanglah…”
Ada rumah pusaka yang sudah tiada tiang serinya setelah pemergian ayah bonda dan akhirnya runtuh dan kembali menjadi debu…
Solat tapi maksiat tetap buat.
Baik tak payah solat.
Salah.
Teruskan bersolat. Ia kewajipan.
Saat kebuluran. Makanan tak berapa sedap. Teruskan makan. Untuk nyawa.
Petikan
#tanyalahustaz
Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka - semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. 🤲
Biasa tawaf ambil masa sejam. Kalau macam ni, setiap 5 minit dah boleh lengkap satu tawaf 😀 Boleh cium hajarul Aswad sebanyak mungkin, boleh berdoa di kawasan mustajab doa tanpa gangguan dan tolakan... Memang tersangat beruntung
Tolonglah jangan ‘dakwah’ orang muda kahwin awal. Tak semua matang dan ‘berkemampuan’. Bila dah sedia, pasti mereka sendiri menuju ke arah itu. Tak perlu berlumba siapa paling awal. Kalau tak sedia... akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari
Mangsa nahas LRT - Aliah. Kena 40 jahitan. Waktu insiden, memang tak sedar langsung. Tiba- tiba gelap. Ada hamba Allah nama Zikri yang tolong untuk alihkan sebab takut terpijak. Gerabak blackout masa tu. Skg, dia susah untuk tidur sebab mudah ‘terkejut’.
Akhlak orang kampung. Berbudi bahasa. Kata makcik ni: Rezeki Allah bagi dah, siapa yang tukang agihkan tu je kita tahu siapa...
Alhamdulillah🤲
Rezeki krew untuk hari ni
Ada malas yang berdosa:
Antaranya:
1. Malas solat
2. Malas ‘ambik port’ isu Aqsa.
Isu ini perlukan ilmu, penghayatan, jiwa dan kefahaman betapa perlu kita sebagai umat Islam mengkaji dan rasa sensitif terhadap kedudukan Al Aqsa itu dalam hidup kita. Ia ada kaitan dengan iman🤲
Awal-awal ke Palestin dulu, kami beria-ia cadang supaya diwujudkan kompleks anak yatim di sana.
Rupanya isu anak yatim ni sensitif. 🥲
Tak tahu pula.
Orang di sana jelaskan:
“Persaudaraan kami sgt kuat. Mcm adik-beradik. Klu ada yang yatim, saudara2 akan jaga.”
"Pesan guru kami, tidak datang kucing atau haiwan lain meminta makanan daripada kita kecuali kerana haiwan itu dapat menghidu keberkatan rezeki yang diberikan Allah SWT kepada kita.” ❤️
Apalah agaknya doa dan amalan mereka sehingga terpilih sebegini rupa...
Ya, setiap orang ada rezeki masing-masing. Rezeki kita mungkin dalam bentuk kesabaran menanti dan mujahadah serta susah-payah dalam lautan manusia
Jarang sangat rakyat kita berjaga malam sebab bimbang nasib saudara di Palestin. Ini sesuatu yang cukup mahal. Ia adalah satu keterpanggilan dari Allah sebenarnya yg menjentik hati2 orang beriman.
Betapa ramai yg menjadi barisan hadapan di atas sejadah, menikam musuh dgn doa
Ramai je penghuni setinggan dapat pendidikan tinggi sampai phd, bina hidup dengan kudrat dan semangat luar biasa. Mewah belum tentu dimuliakan Tuhan. Miskin belum tentu dihinakan...
Kau hengat kau pakai tudung mcm hantu bungkus tu kau nampak kaya ??? Org pprt or setinggan pun x siorrr pakai cmtu. Dah la fefelinggg mcm uols The Kadarshian of Malaysia. Wekk.
Seorang sahabat baru kematian suami akibat
#covid19
Dia masih dalam tempoh berpantang. Anak-anak yang lain juga positif.
Melihat dari jauh detik suami tercinta dikebumikan….
Kenapa COVID di Perlis sangat rendah? Jawapannya: Kehendak ALLAH semata. Tiada daya & upaya melainkan dengan ALLAH jua. Semua hikmah di sisiNYA. Alhamdulillah, tiada siapa di Perlis mendakwa keberkatan dirinya utk ambil kesempatan menjual 'produk agama'.
Sedih gila dapat berita ada mahasiswa meninggal sebab stress kejar tarikh akhir hantar assignment 😭😭😭
Sistem belajar online wajib disrupt balik. Bukan duk sakan buat survey pasal mental yang health yang sampai sudah tiada apa hasil pun.
Dengarlah dunia... Apa yang paling ditakuti ketika ini ialah kerosakan yang dibuat kepada Masjid al-Aqsa.
Sekarang mereka sedang giat mengorek dan menggali di bawah tapak Masjid al-Aqsa yang kedudukannya di atas bukit.
Laknatullah itu bukan kaum yang terima pendamaian. Ratusan perjanjian dimungkiri. Licik. Khianat. Zalim. Bebas melakukan apa sahaja dengan sokongan sekutu. Musuh sepanjang zaman.
Dan Kami khabarkan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. [al-Isra’ 17: 4]
Lepas ni saya tak ulang dah. Untuk mudah faham, SEMUA yang ada di kompleks itu ialah Al Aqsa. Bukan satu-satu monumen saja. SEMUA! Semuaaaaaaa 😅
Jom baca:
Pernah tak terima hinaan membabitkan wajah anda?
Cth:
1. Tengok muka pun dah tau jenis macam mana
2. Muka tak ada masa depan semua ni
3. Rupa tak ada, memang susah nak pergi jauh
4. Muka tak siap, ada hati nak kat orang
Sembang pasal ASB, ada ‘makcik’ ni cerita: duit anak dia - duit raya, duit orang bagi, duit menang pertandingan, duit dapat no 1 dll... Semua dia masuk dlm ASB. Bila anak dia kahwin, baru dia bgtau pasal akaun tu. Jadi... terkejut anak dapat ‘hadiah’ ASB dlm 80k selepas 30thn
Kekuatan menempuh usia baru.
- Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia ( Ebit Liew )
- Kualiti hidup berkadar langsung dengan kualiti solat ( Pahrol Juoi )
*Kalau hidupmu tidak jadikan solat sebagai penghapus dosa, maka dosa akan menghapus solat dalam hidupmu*
Jangan melihat perkahwinan orang lain sebagai tekanan dan paksaan kepada diri. Cinta tak ada tarikh ajal. Tak perlu kejar. Perkukuh kewangan. Apa terjadi, kita yang kena tanggung sendiri. Jangan lupa peruntukan untuk recharge iman 🤲🕊- umrah, haji dll
Ustaz ini... lulusan kejuruteraan dari UK. Selepas tamat pengajian, datang belajar di pondok... kemudian terus ‘lekat’ sampai sekarang. Terlalu cinta dunia kitab dan ‘sukar’ untuk berkelana di daerah lain. Kisahnya dalam
#jejakrasul
petang ini