Ini senarai tread yang aku harap bermanfaat. Biasanya aku kongsi tentang;
1. Zakat & kontroversinya (>10 tahun kerja institusi zakat).
2. Tazkirah Agama.
3. Saham/Investment/Hibah (>10 thn main saham).
4. Review Gadget/IT/Buku.
5. Projek Pertanian, Kebun, Haiwan Ternakan dsb.
Tahukah Anda, Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada Malam Rabu? Nak kongsi hari-hari terakhir tersebut | Thread
1. 4 HARI SEBELUM WAFAT. Hari Khamis. Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
Bangun 30 minit sebelum azan Subuh. Solat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Kemudian doalah mengadu kat Allah. Mohon ampun, bagitau masalah, minta hajat. Berlama-lama ketika doa.
Akhiri dengan Solat Witir.
Buat selama sebulan. Percayalah hidup anda akan berubah jauh lebih baik.
Apa nak buat kalau keluarga anda BARU MENINGGAL DUNIA?
1. Tanggalkan bajunya. Susah nak buka kalau sendi dah keras.
2. Urut tulang sendi jenazah guna minyak kalau simpan mayat semalaman. Elak keras.
3. Kalau terus nak mandikan, tak payah urut minyak. Susah nak bilas (minyak).
Para lelaki, tolonglah isteri/mak sediakan juadah berbuka puasa tu. Jangan asyik main hp je.
Mereka juga berpuasa. Awak bukannya raja tinggal duduk nak makan je.
Kalau tak bantu masak, mungkin boleh tolong setup meja. Pastikan pukul 7:00 dah siap & boleh mula baca doa bersama.
Aku menyeru sahabat semua tinggalkanlah pendapat ustaz dan ustazah yang
• Meremehkan bahaya Covid-19.
• Ajak solat berjemaah rapat-rapat ketika pandemik.
• Cerita teori konspirasi mengarut.
Islam ni agama yang menghormati akal dan pandangan pakar dalam semua bidang.
Sebenarnya lama kelamaan orang yang baik akan kelihatan cantik.
Bukanlah kerana wajahnya yang berubah. Tetapi kebaikannya yang telah mengubah hati orang yang memandangnya.
Bila hati baik, wajah akan kelihatan cantik!
Rindunya nak travel dan driving jauh2 merentas negeri.
• Bertolak awal pagi lepas subuh.
• Singgah petrol station highway.
• Sembang lama-lama dalam kereta.
• Makan jajan dalam kereta.
• Singgah makan kat R&R.
• Tukar-tukar driver.
Perjalanan tu je merupakan keseronokan.
Sebab Aliff Syukri dah tunjuk, sebenarnya memang beliau seorang peniaga yg konsisten bayar zakat setiap bulan.
Zakat beliau dah membantu beribu-ribu asnaf.
Walaupun aku tak pernah beli produk beliau, tapi aku doakan perniagaan beliau berkembang maju dengan asbab membayar zakat.
Ada orang dahulu rajin Solat Dhuha sekarang tidak lagi.
Ada yang dulu selalu puasa Isnin & Khamis sekarang tidak lagi.
Ada orang yang dulu direzekikan rajin solat malam tetapi sekarang dah jarang-jarang.
Makin banyak kita lakukan dosa-dosa, semakin berat nak lakukan ibadah.
Ulangkaji solat sikit.
Bila nak ANGKAT TANGAN ketika takbir?
Ada 4 tempat.
1. Takbiratul Ihram masa nak mula solat.
2. Ketika nak turun rukuk.
3. Bangun dari rukuk.
4. Bangun dari tahiyat awal pada rakaat kedua.
Selain dari tu tak perlu angkat tangan.
Ada orang dahulu rajin Solat Dhuha sekarang tidak lagi.
Ada yang dulu selalu puasa Isnin & Khamis sekarang tidak lagi.
Ada orang yang dulunya direzekikan rajin solat malam tetapi sekarang dah jarang-jarang.
Makin kita lakukan dosa-dosa, semakin berat nak lakukan ibadah.
Bangun awal pagi untuk tahajjud nampak macam tak ada apa-apa kesan.
Tetapi ia sebenarnya beri kesan yang besar kepada orang yang lakukannya secara konsisten.
Hatinya lebih tenang, hidupnya teratur, fokus akhiratnya jelas, redha dengan takdir dan doanya mudah dimakbulkan Allah.
Aku mungkin ketinggalan jumpa Melamine Sponge ni. Tapi bila perkenalkan kat officemate, ramai baru tahu dan takjub 😅.
Benda ni suami kena beli dan bersihkan lantai bilik air/toilet rumah korang. Confirm isteri makin sayang.
Ajaib betul benda ni. Sepatutnya dapat Nobel Price.
Lelaki ni kalau boleh solatlah Subuh di Masjid.
Bangun awal pagi, qiamullail, doa, solat witir, pergi masjid, solat sunat sblm subuh, subuh berjemaah sambil dgr ayat Al-Quran pagi-pagi, kemudian duduk zikir lama-lama.
Ia satu kenikmatan dalam hidup. Rasa hidup bertuhan.
Ini Harga Fidyah untuk 1 HARI di Malaysia 2020.
Wilayah Persekutuan : RM4.00
Selangor : RM1.80
Kedah : RM1.80
Penang : RM1.75
Perak : RM1.80
N9 : RM1.75
Melaka : RM1.80
Johor : RM1.75
Perlis : RM5.00
Pahang : RM1.75
Tranung : RM1.75
Kelate : RM1.75
Sarawak : RM1.75
Sabah: RM1.75
Dalam tazkirah malam tadi, ustaz bagitau.
"Jangan tunggu sahaja jodoh datang. Pergilah cari. Jangan putus asa.
Bertaaruf (berkenalan) tu tak semestinya kena berkahwin.
Tapi jangan bagi harapan dan janji. Jangan permain perasaan orang lain. Kita dah dewasa dan matang."
3 Jenis Kaki Sembang yang Rasulullah PALING BENCI
1. Thartharun : Golongan sembang kencang atau jenis cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka biasanya suka mencelah percakapan orang lain. Suka menguasai perbualan dan langsung tak bagi ruang orang lain bercakap.
Jangan beli pakaian kerja kat Uniqlo!
Sekali korang dah rasa seluar kerja ada material 7% Spandex dan baju inner AIRism, memang susah nak beli jenama lain dah 😭.
Aku nak kongsi panduan Solat Jamak dan Qasar memandangkan ramai nak bermusafir balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.
Sambil tu nak cerita beberapa isu dan persoalan berkaitan Solat Jamak & Qasar.
Ini tread ringkas
Bila tengok berita di Gaza, rasa geram, sedih dan sakit hati sangat. Tak dapat bayang situasi orang yang duduk sana.
Kemudian keluar rumah nak pergi kerja tadi nampak sekumpulan auntie chinese buat yoga kat taman sebelah. Ada juga beberapa orang sedang berjogging di situ.
Ini TIPS nak pilih Dashcam kereta. Aku dah cari info, baca forum dan tengok video Youtube selama 2 bulan sebelum beli haritu. Jadi jimat masa korang nak google nanti.
Basically, ada 4 faktor pemilihan Dashcam :
1. Battery vs Capacitor
2. Kualiti Video
3. Parking Mode
4. Extra
Dalam kuliah subuh tadi, ustaz bagitau kalau bangun lewat dan terlepas solat subuh, solatlah walaupun dah masuk tengahari sekalipun.
Mudah-mudahan Allah terima jika dilaksanakan dengan ikhlas. Kalau tak solat, apa yang kita dapat? Dosanya terlalu besar untuk kita tanggung kelak.
Ini Cara Kira Zakat Pendapatan Dengan Mudah.
• Bujang gaji lebih RM2,000 dah wajib bayar zakat.
• Berkahwin anak 2 gaji RM2.5k, zakat RM6 sebulan.
• Gaji RM3.5k anak sorang, zakat RM35 sebulan dan seterusnya.
Kaedah ‘Dengan Tolakan’ lebih tepat sebab ambil kira tolakan asas.
Agak janggal dan creepy bila nampak lelaki duduk di Starbucks berseorangan tanpa lihat phone langsung.
Hanya duduk dengan segelas air kopi di atas meja. Matanya liar memerhati orang yang lalu lalang.
Cuba bayangkan.
Walhal dulu ia perkara biasa. Kita yang makin tak normal.
Tips berborak dengan orang-orang tua.
1. Cerita tentang haji/umrah.
2. Tanya kesihatan mereka.
3. Tanya pasal anak-anaknya.
4. Minta nasihat dari mereka.
Kalau dah mula cerita pasal haji, memang susah nak berhenti. Lelagi yang baru pertama kali pergi, seronok dengar 😊.
Dan pilih juga orang yang kita selesa dan seronok berborak dengan dia 😊.
80% kehidupan berumahtangga ni sebenarnya berborak je.
Masa makan, nak tidur, atas kereta, bincang urusan anak, kewangan, usia tua dll.
Kalau part komunikasi tu dah sukar, banyak perkara akan bermasalah.
Dulu masa pakai kereta Kancil, siku pun berlaga dgn bini. Bila dah pakai kereta besar, dah jarang berpegang tangan.
Dulu masa rumah kecil, makan semeja & tengok tv beramai-ramai anak beranak. Bila dah duduk rumah besar, jarang berjumpa walau satu rumah. Semua ada tv kat bilik.
Paling lama rupa paras yang cantik/hensem bertahan mungkin 1-2 tahun selepas berkahwin.
Lepas tu, kita akan mula menilai diri mereka yang sebenar.
Kita akan lebih hargai kebaikannya, sifat bertanggungjawab & ringan tulangnya. Kita akan benci perangai buruk, malas & barannya.
Bila dah dewasa ni, sepatutnya kena mampu kawal mood dan perangai korang sendiri.
Bukan semua orang mampu tahan 'mood swing' tu. Sampai bila nak harap semua orang keliling faham?
Satu masa, mungkin orang yang anda sayang juga akan mula jauhkan diri.
Man up sikit!
2 negeri diistihar darurat di Australia sebab banjir yang tidak dijangka. 20 orang mati. 500,000 orang dipindahkan.
Ada yang tunggu 16 jam atas bumbung sblm diselamatkan.
Diaorang panggil ‘rain bomb’. Baca news diaorang, ada risiko buaya lepas ke kawasan rumah.
Para lelaki hebat, tolonglah isteri/mak sediakan juadah berbuka puasa bersama.
Jangan hadap phone je.
Mereka juga berpuasa.
Awak bukannya raja tinggal duduk nak makan je. Kalau pun tak bantu masak, boleh tolong setup meja.
15 minit sebelum berbuka dah duduk mula berdoa.
Seronok tengok pakcik-pakcik ni balik masjid naik motor dan jalan kaki dengan isteri masing-masing selepas solat Subuh.
Ada yang singgah kedai beli sarapan. Ada yang terus ke pasar beli barang basah.
Habiskan sisa hidup bersama sebelum dipanggil temui Allah.
Satu kebahagiaan.
Ini rakaat ke-14 taraweeh tadi. Budak kecil ni masih bertahan lagi tak menangis 😁. Imam baca panjang (10:30 malam habis).
Sesekali dia jalan ke sana sini tanpa ganggu jemaah lain solat. Rezeki mak ayah dia. Semoga jadi anak yang soleh, Ameen!
Sahabat. Bagi yang tak dapat puasa 8 hari Zulhijjah tak mengapa.
Tapi usahalah BERPUASA pada HARI ARAFAH (9 Zulhijjah) esok.
Dalam Hadis Muslim, Rasulullah bagitau Puasa Arafah esok akan hapuskan dosa kita setahun yg lalu dan setahun akan datang.
Rugi sangat kalau tinggalkan.
Memandangkan sekarang musim orang beli emas, jadi nak bagi info ringkas CARA KIRA ZAKAT EMAS.
- Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).
- Bagi emas dipakai, >uruf baru kena zakat.
- URUF : Kadar kebiasaan orang pakai emas.
Thread.
Ini perkara yg mungkin RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir.
Ini berdasarkan pengalaman 3x duduk pusat pemindahan banjir.
1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan.
*Sambil kongsi gambar banjir lepas.
Esok dah masuk 10 malam terakhir Ramadan 😭.
Masa untuk full swing ibadah.
Makin konsisten Solat Fardhu berjemaah di awal waktu, lagi banyak baca Al-Quran, makin rajin Qiam, makin banyak bersedekah dll.
Kurangkan sosial media, games & movies. Ini mungkin Ramadan terakhir kita!
Kongsi ceramah Israk Mikraj tadi. Tentang solat.
1 solat fardhu = 5 minit
5x sehari baru 25 minit.
Tengok Smartphone : >2 jam
Tengok Korea/Movie : 2-3 jam
Tidur : 5-7 jam
Beza besar. 25 minit yang kejap tu pun ada rasa terpaksa dan susah khusyuk.
Tapi rasa yakin masuk syurga.
Musim hujan ni kena invest sikit kat extension plug yang bagus.
Semalam ada sahabat, TV harga RM5k, modem, Astro semua rosak lepas kena petir.
Selain ada surge protector, company ni JAMIN akan ganti equipment tu kalau jadi begitu. Betapa confident mereka.
Belkin 8 plug: RM220.
Ada hari kita solat, kita rasa dekat dengan Allah. Tapi ada hari, kitapun tak ingat baca apa dan lupa bilangan rakaat.
Ada hari kita baca Al-Quran, kita betul2 hayati isi kandungannya. Ada hari kita baca, tak rasa apa-apa.
Itulah iman. Kadangkala ia bertambah dan berkurang.
Aku tak tahu korang setuju ke tak.
Tapi aku rasa ‘nilai’ A dalam SPM bagi geng2 MRSM dan SBP berbanding SMK harian biasa mungkin berbeza.
Mereka ada persekitaran kompetitif, cikgu-cikgu jadi penanda kertas SPM, soalan spot. Semua tu kadangkala takde kat sekolah menengah biasa.
Tahukah anda.
Penghuni di Syurga nanti akan melihat penghuni Syurga lain yang berada di kedudukan yang lebih tinggi, sebagaimana kita semua melihat bintang yang terang di langit?
Syurga itu memang ada tingkatan-tingkatan berbeza mengikut amalan kita semasa di dunia.
Ini memang sesuatu yang aku kagum dengan Aliff Syukri.
SETIAP BULAN memang beliau KONSISTEN keluarkan zakat sebanyak itu walau musim pandemik.
Malah sejak beliau usia belasan tahun (mungkin baru start berniaga), beliau dah keluarkan zakat walaupun ketika itu jumlahnya kecil.
Jujurnya orang yang bekerja sendiri, tahap tawakkal mereka kepada Allah lebih tinggi berbanding yang makan gaji.
Setiap pagi memohon kepada Allah mengharapkan agar diberikan rezeki untuk keluarganya.
Umpama seekor burung yang keluar pagi mencari makan ketika perutnya kosong.
Sekadar ingatan bagi perempuan yang Qada' Puasa Ramadan. Ia adalah PUASA WAJIB.
Maksudnya?
Tidak boleh BERBUKA PUASA sesuka hati pada waktu tengahari sebab hal remeh.
HARAM jika tanpa keuzuran.
Ia berbeza dari puasa sunat yang boleh batalkan puasa walau tiada apa-apa uzur.
Muslim kalau dikuburkan tak mengadap ke langit macam non-muslim.
Kita akan mengiring ke kanan mengadap kiblat.
Bergantung tempat dan jenis tanah kubur. Kalau tanah gambut/lembut dan berair, biasanya kena guna keranda plywood.
Majoriti kubur sekarang guna kaedah ni sebab mudah
View nampak langit pun dah rasa bergetar hati kita. Imagine bila dah tambus gelap. 🥲 Malaikat datang. Kalau fikir bab mati ni, tak berbaloi untuk kita jadi jahat, sombong. Kadangkala kita jadi angkuh sebab kita lupa kita ni belum mati lagi.
Kita orang muda mungkin tak berapa suka mesej-mesej selamat pagi di group masjid/surau.
Tapi bagi golongan berusia, itulah satu cara mereka nak tahu kawan-kawannya semua sihat.
Bila ada sorang haji tu dah lama tak 'muncul', mereka terus perasan dan ziarah. Rupanya beliau sakit.
Kalaulah ada satu nasihat yang aku boleh bagi untuk berubah jadi orang baik-baik;
Solat Berjemaah Subuh di Masjid. Dalamnya ada tarbiyyah besar.
Kesusahan melawan nafsu, kena adjust masa tidur dan bangun tidur, rasa hidup bertuhan dan dapat pupuk rasa merendah diri.
China berjaya bina apartment 10 tingkat dalam sehari. Guna konsep modular.
• Kos 5x lebih rendah.
• Bangunan 100x lebih kuat.
• 10x lebih ringan.
• Boleh disassembles dan relocate tempat lain.
• Pintu, tingkat, balkoni boleh ubah selepas siap.
Kongsi kuliah tadi. Ustaz bagitau, kadangkala dalam ramai-ramai adik beradik, ada sorang yang Allah uji untuk seluruh ahli keluarga tersebut.
Kadangkala ada yang 'istimewa', ada yang tak pandai belajar, ada yang degil, ada pula yang diuji kesihatannya dsb.
Ada seorang lelaki.
Bapanya mati ketika beliau belum lahir.
Maknya mati ketika beliau usia 6 tahun.
Datuk yang jaga selepas itu mati usia 8 tahun.
Beliau ada 7 orang anak. 6 orang mati ketika beliau masih hidup.
Beliau adalah Rasulullah saw.
Sapa ada ujian lebih besar dari itu?
Rafah dan Gazza sebenarnya menguji iman kita.
Apakah iman kita masih berdenyut sehingga merasakan kesengsaraan mereka adalah kesengsaraan kita.
Sehingga dengan itu, kita tidak pernah tinggalkan berdoa ketika sujud dalam solat setiap masa untuk perjuangan dan kemenangan mereka.
Inilah tempat tidur selama 4-5 hari di Mina. Tilam slim kata diaorang.
Setiap orang dapat kawasan sebesar tu je untuk tidur dan letak beg. Kalau jiran 'besar-besar' kena tidur mengiring 😁.
Inilah juga kawasan tidur, solat dan makan.
Salah satu motivasi untuk kurus juga.
Perbaiki solat kita sedikit lagi.
- Bila rukuk, buka jari tangan.
- Bila sujud, rapatkan jari tangan.
- Bila sujud, naikkan sikit siku. Ada larangan sujud macam anjing duduk (rapat ke lantai).
- Dalam Hadis Bukhari, sahabat nampak ketiak Rasulullah semasa sujud. Buka sedikit.
iPhone 12 dan PlayStation 5 habis di pasaran bukanlah sebab ekonomi kita dah pulih.
Mereka dari group berbeza. Ia tunjukkan golongan M40 & T20 tu wujud dengan rezeki berbeza.
Cuma dlm situasi sekarang, elaklah menunjuk-nunjuk kemewahan kepada orang lain. Empati kepada yg susah.
Hebat kerengga ni.
Aku perhatikan, mereka amik masa 15 minit nak gulung daun camni.
Cuba cari siapa supervisor dan arkitek tak jumpa.
Daun mana nak pilih. Bagaimana diaorang komunikasi. Camne nak bagitau pagi ni kumpul ada gotong-royong pukul 9:00 pagi dll.
Subhanallah.
Perkara paling menakutkan dah pertengahan Ramadan ni, bila kita sedar.
Semua dosa-dosa yang kita kerap lakukan (tak solat, mengumpat, mencarut, pornografi, zina dll) semua tu datang dari diri kita sendiri.
Nafsu yang terbiasa dengan maksiat dan dosa. Bukan dari bisikan syaitan!
Kelebihan kahwin dengan orang dekat-dekat ni, bila hujung minggu boleh melawat mak ayah kita di kampung dan keluarga mertua sekaligus😊.
Dekat tu maksudnya < 1 jam drive.
Bila dah jumpa tu, rasa tenang dan tenteram. Dapat 'kekuatan' sebelum berjuang teruskan hidup.
Kadangkala hidup korang berterabur bukanlah sebab tak cukup masa.
Tapi sebab kurangnya DISIPLIN.
Tidur sampai 1-2 pagi. Bangun lewat. Solat selalu lambat. Suka bertangguh buat kerja. Banyak makan makanan tak sihat. Tak bersenam.
Sibuk nak ulas semua isu hingga ganggu emosi.
Aisyah melaporkan, beliau mendengar Rasulullah berdoa.
"Ya Allah, siapa yang ada kuasa pemerintahan, kemudian dia menyebabkan umat saya susah, berilah kesusahan kepadanya.
Jika beliau mengasihi baik dengan kata-katanya atau perbuatannya, kasihanilah dia."
HR Muslim.
Macam biasa, bila masuk TV dan viral nampak salah zakat😪.
Kenapalah tak cerita bantuan diterima. Faktanya:
• Beliau Asnaf yang dah lama dapat bantuan zakat.
Bantuan diterima?
- Kewangan Bulanan.
- Bantuan Makanan (beras, minyak, tepung dll) hantar ke rumah setiap bulan.
Bagi yang sampai terlalu sedih dan murung bila tengok banyak bayi dan orang awam terbunuh di Palestin, kena bertenang.
Kena kawal emosi dan jaga kesihatan mental.
Sebab sebagai Muslim, kita kena percaya. Mereka semua InsyaAllah ke syurga Allah.
Tempat yang jauh lebih baik dari
Bayangkan anda naik kereta dalam keadaan hujan lebat. Kemudian matikan wiper. Apa yang anda nampak?
Itulah yang semua penunggang motorsikal nampak ketika hujan. Guna tangan je lap air hujan. Visibility 30% je.
Bertimbangrasa di jalan raya. Semua nak sampai rumah dengan selamat.
Untuk Perempuan yang Qadha' Puasa Ramadan, kena anggap ia PUASA WAJIB.
Maksudnya?
Tak boleh suka-suka hati BUKA PUASA pada waktu tengahari sebab benda remeh. HARAM jika tanpa keuzuran.
Ia BERBEZA dari puasa sunat yang boleh batalkan puasa walau takde apa-apa uzur.
Alhamdullilah. Dengan tibanya bulan REJAB, maksudnya 2 bulan je lagi Ramadan tiba 😭😭.
Semoga kita semua disampaikan ke bulan Ramadan, Ameen!
Tiada satupun riwayat sahih yang menceritakan tentang kelebihan puasa khusus di bulan Rejab.
Jangan sebarkan hadis palsu.
"I am a Muslim, but not practice"
Aku harap muslim di Malaysia tak sampai tahap di Türkiye yang mengaku secara terbuka begitu.
Bila borak-borak, mereka sendiri mengaku memang tak tahu syahadah, selawat & tak pernah solat.
Tapi masih mengaku muslim. Terutama orang-orang muda.
Masa kemas stor rumah tadi, jumpa iPhone 5S yang dah beberapa tahun tak dihidupkan. Bila cas masih hidup lagi 😅.
Tiba-tiba rasa nak kongsi hasil shoot guna phone ni. Thread ni adalah gambar 100% shoot guna iPhone 5S sahaja.
Kita mulakan dengan shoot fav aku ni. Perfect timing.
Berkawanlah dengan orang yang baik-baik.
Percayalah, ia akan beri kesan yang besar dalam kehidupan seharian kita.
Kita akan jadi orang yang lebih baik. Ia akan terlihat dari percakapan, penulisan dan tingkah laku tanpa kita menyedarinya.
Jujur bagitau. Kempen
#GengSubuhMacamJumaat
yang Alif Satar buat tu memang beri kesan kat kehadiran jemaah waktu Solat Subuh.
Geng AJK masjid-masjid lain semua bagitau benda sama.
Budak-budak muda ramai datang subuh. Siap ada pakai baju sukan untuk terus jogging.
Aku doakan
Masalah Jemaah Haji terkandas ni setiap tahun ada. Semuanya masalah dari Visa Furada.
Kalau korang dengar ‘Visa Kuota Raja Salman’, tak payahlah excited sangat, itu marketing Visa Furada lah.
Visa Furada : Visa Haji yang tidak melalui Tabung Haji. Ia datang dari Kedutaan Saudi.
Jika kagum kepada seseorang, jangan terlalu dekat dengannya. Nak tahu segalanya tentang hidup mereka.
Sebab kedekatan mendedah kekurangan. Dan kekurangan menghakis kekaguman.
Rembulan sangat cantik jika dilihat dari kejauhan. Jika didekati, terlihat juga kekurangannya.
Jenis tak solat.
Konvoi motor, konvoi kereta, geng photographer, geng main bola, geng memancing dll.
Sampai kena curi-curi masa nak solat.
Tak semua. Tapi kalau 30 orang tu adalah 5-6 orang yang solat lepas diajak.
Bila jadi camtu, memang last join geng tu. Cari group lain.
Orang kampung itu rumahnya jarak-jarak. Tetapi mereka kenal dan selalu bertegur sapa. Walau di hujung kampung masih kenal anak-anak dan isterinya.
Orang bandar kadangkala berkongsi dinding yang sama dengan jiran sebelah. Tetapi ada yang langsung tidak bertegur sapa & kenal nama.
Peruntukan masa 5-10 minit berdoa sebelum berbuka puasa. Itu masa mustajab berdoa. Doalah dalam bahasa melayu tidak mengapa.
Lebih bagus kalau baca doa ketika iftar dengan keluarga. Doakan kebahagiaan mereka, jauh dari musibah, luaskan rezeki & sama-sama masuk syurga.
Mamat ni terkenal sebagai pengkhianat bangsa dan negara Palestin. Jadi tali barut Israel selama 10 tahun sebelum kantoi.
Kemudian lari ke US dan convert agama Kristian. Kerjaya sekarang? jadi 'anjing' Israel lebih 20 tahun bagi ceramah sana sini konon mewakili dan faham suara
Great event tonight at the University of Michigan, the discussion focused on:
-What Hamas really is.
-Hamas crimes against humanity, genocide, the use of human shields, and kidnapping of innocent children.
-Pro-Palestinian groups attempt to delegitimize Israel
-Why Students on
Pasangan hidup yang tepat dan baik akan selalu membuatkan jiwa dan fikiran kita tenang dan tenteram.
Kita akan hidup lebih lama dengan mereka berbanding ibu bapa kita.
Jadi, kepada sahabat yang sedang mencari jodoh. Janganlah terlalu tergesa-gesa.
Buatlah pilihan sebaiknya.
Ada orang pelik aku kutip karipap yang jatuh kat lantai, pastu aku sapu-sapu dan makan 😅.
Selain aku tahu ia masih bersih (jatuh kat karpet), tahukah anda ia sebenarnya adalah arahan Rasulullah dalam Hadis Sahih Muslim.
Jadi ia adalah sunnah untuk mengutip makanan yang jatuh.
Kalau nak KENAL ahli-ahli SYURGA ketika di dunia, salah satunya lihat kebiasaan solat malamnya.
SOLAT TAHAJJUD itu adalah kebiasaan ahli syurga ketika mereka berada di dunia.
Mereka sujud kepada Allah ketika ramai orang lain sedang lena tidur.
Dalilnya. Surah Az-Zariyat:15-18.
Muslim yang baik itu hidupnya teratur.
Tidur dan bangun awal. Untuk 'masa' bersama tuhannya.
Dia tidak risau berlebihan urusan dunia. Kerana percaya rezekinya telah diaturkan.
Dia makan sekadarnya. Dia jaga kesihatan tubuh badannya.
Hidupnya ada tujuan. Semua dlm kawalannya.
Sepatutnya untuk sambut Ramadan minggu hadapan, kini tubuh badan kita dah biasa;
• Berlapar tapi cergas.
• Bangun awal pagi.
• Berjemaah di masjid.
• Baca Al-Quran 2-3 helai.
• Berdiri lama solat sunat.
Takdelah bila masuk Ramadan, tiba-tiba kita ubah rutin hidup mendadak.
Beratus ribu orang bayar zakat setiap tahun, TAPI kenapa masih ramai orang miskin?!
Meh aku cerita sikit kenapa asnaf fakir miskin ini TAKKAN pernah habis.
Ada 5 sebab utama:
1. Kematian
2 .Musibah
3. Penceraian
4. Ekonomi
5. Ketua Keluarga Tidak Bertanggungjawab.
Ada satu masjid kat kariah aku, AJK Masjid terpaksa limitkan sorang dermawan ni dari bersedekah 😅.
Bil utiliti dia bayarkan. Nak tambah aircond 3 biji, dia bagi 5. Buat wakaf nak baiki tandas perlu RM50k, baru bagitau, dia dah transfer full.
Jemaah lain takde peluang wakaf.
Ramai rupanya masih tak faham bab nafkah ni. Semua guna tafsiran sendiri.
Suami sebenarnya dah dikira menunaikan kewajipan nafkah bila mereka telah sediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan keperluan isteri dan anak-anaknya.
Wang saku bukan termasuk dalam nafkah.
Sebenarnya ada 2 sikap yang anda kena BUANG kalau nak hidup dengan TENANG dan BAHAGIA.
1. Rasa dengki & sakit hati bila melihat orang lain senang, bahagia, berkahwin, rumah cantik, pasangan hensem/lawa.
2. Rasa gembira bila melihat orang susah, bercerai, rugi dalam bisnes dll.
Orang lelaki ni kalau boleh solatlah Maghrib, Isya' dan Subuh berjemaah di masjid. Terutama yang dah berkahwin.
Kalau ada kuliah maghrib duduklah dengar pengajian.
Kenal jiran dan ahli kariah. Campur masyarakat. Sumbang sesuatu kat komuniti dengan ilmu dan skill yang kita ada.
Mudah-mudahan semua orang Islam, walau sering melakukan dosa setiap hari hatta dosa besar sekalipun, ada masa untuk ingat Allah.
Boleh menyebut nama Allah dan mohon ampun atas dosanya walau belum mampu tinggal sepenuhnya perbuatan dosa itu.
Ada 2 bidang yang kalau anda cakap 'TAK TAHU', anda akan dapat respect dari orang lain.
• Bidang Agama
• Bidang Perubatan
Tolonglah jangan memandai-mandai bagi nasihat dalam 2 bidang ini kalau tidak tahu.
Ia melibatkan ibadah/akidah orang lain dan boleh bahayakan nyawa.
Majlis kahwin ni tempat jumpa saudara mara, kawan-kawan dan peluang eratkan silaturrahim.
Tapi selalu 'dirosakkan' dengan bunyi muzik dan karaoke terlalu kuat sampai nak berborak pun susah.
Dahlah nyanyi lagu putus cinta kat majlis kahwin orang.
Siapa yang dah lama follow aku, memang ada beberapa perkara yang aku berbeza pendapat dengan Ustaz Ebit Liew.
Tapi.
Bila melibatkan aib dan dosa individu ni, kita semua kena elakkan sebar benda sebegitu. Haram hukumnya.
Cukup ingatkan supaya berhati-hati dengan tingkahnya.
Bagi yang berkorban tahun ni, jangan memotong kuku, rambut dan bulu dari anggota badan bermula malam ini sehingga binatang korban kita disembelih nanti.
Ia sunnah Rasulullah.
Bagi kita semua, jangan sia-siakan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Allah merahmati waktu ini.
Ada muslim yang ilmu agamanya biasa-biasa je, solat kadangkala lambat, masjid pun jarang pergi.
TAPI.
Kalau ada pihak yang nak runtuhkan masjid, merekalah orang pertama yang ke depan membangkang dengan berani.
Sanggup berlawan dengan mereka ketika yang lain ketakutan.
Tahukah Anda.
Di syurga kelak, segala2nya dipenuhi dengan nikmat yang berkekalan.
Kita akan hidup selama-lamanya dan takkan mati.
Kita sentiasa dipenuhi nikmat dan langsung tiada kesusahan.
Kita akan selalu sihat dan tidak pernah sakit.
Kita akan sentiasa muda dan takkan tua.