There is nothing I can contribute except by capture moments of the flood situation in Taman Sri Muda for all of us to take as a lesson for the future. For all of us to remember about today, and make the best decisions for tomorrow.
I’ll be spamming photographs in this thread.
Adik ni jalan keluar dengan kotak untuk kumpul supply makanan untuk bawak masuk bagi pada family yang masih terperangkap kat dalam
#DaruratBanjir
#TamanSriMuda
Selepas makan tengahari, aku berkesempatan untuk turut serta bersama Angkatan Tentera Malaysia teruskan operasi menyelamat dan bantuan makanan.
#DaruratBanjir
#TamanSriMuda
Sepanjang perjalanan ke dalam, aku dapat lihat berbagai cara penduduk Taman Sri Muda gunakan untuk keluar dari banjir. Ada yang berjalan, ada yang berkayak, ada juga yang mendayung tilam.
#DaruratBanjir
#TamanSriMuda
Dah sampai dalam baru lah aku dapat tengok sendiri macam mana penduduk diselamatkan atau terima bantuan. Juga dapat lihat bot nelayan pun ada digunakan untuk tolong bawak keluar orang.
#DaruratBanjir
#TamanSriMuda
Shell ni mungkin agak tinggi sikit, jadi ramai-ramai park kereta kat sini. Tapi apakan daya, air naik jugak. Habis hancur semuanya.
#DaruratBanjir
#TamanSriMuda
Ternampak sorang pakcik ni slow slow je lap lumpur kat kereta dia. Rasa sebak tengok, bukan aku sorang je rasa, brother2 askar semua pun rasa sedih tengok pakcik ni time ni.
#DaruratBanjir
#TamanSriMuda